KUALA LUMPUR: Selepas dinobatkan sebagai Penggunaan Terbaik AI Dalam Pemberitaan di Digital Media Asia 2024, Astro AWANI terus memimpin perbincangan mengenai inovasi teknologi dalam bidang kewartawanan.
Minggu ini, Astro AWANI bersama-sama Universiti Nottingham Malaysia (UNM) dengan mengumumkan penganjuran sidang meja bulat bertemakan “Kewartawanan dalam Zaman Gangguan AI", dengan kerjasama Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ).
Acara tersebut dijadualkan pada 9 Mei 2024, di pusat pembelajaran UNM di Kuala Lumpur pada jam 9 pagi.
Perbincangan meja bulat ini bertujuan menyediakan platform kepada wartawan, organisasi media, akademik, masyarakat madani, dan agensi kerajaan untuk membincangkan implikasi AI terhadap kewartawanan dan masyarakat.
Acara ini akan menampilkan perbincangan yang berwawasan, pembentangan, dan peluang rangkaian yang memberi tumpuan kepada objektif berikut:
- Meneroka peranan AI dalam membentuk masa depan kewartawanan
- Membincangkan strategi untuk merangkul perubahan teknologi dalam media berita
- Mengenal pasti cara untuk menyediakan wartawan bagi revolusi AI
- Menangani pertimbangan etika berkaitan dengan penggunaan AI dalam kewartawanan
- Memupuk pendekatan kolaboratif di kalangan pihak berkepentingan dalam mengintegrasikan AI dalam kewartawanan
- Mencipta landasan bagi penerimaan AI dalam sektor kewartawanan.
Persidangan sehari itu menjanjikan usaha jangka panjang yang bersifat kolaboratif ke arah pemahaman potensi AI dalam kewartawanan secara bertanggungjawab.
Dengan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan, acara ini bertujuan membuka jalan bagi masa depan kewartawanan yang mampan dan inovatif dalam era gangguan AI.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai acara ini, sila isi borang pendaftaran sebelum Rabu, 8 Mei 2024.
Anda boleh mengakses borang pendaftaran melalui pautan berikut:
[BORANG PENDAFTARAN]
Astro Awani
Mon May 06 2024
Persidangan sehari ini menjanjikan usaha jangka panjang yang bersifat kolaboratif ke arah pemahaman potensi AI dalam kewartawanan secara bertanggungjawab.
Polis dedah lakaran fotofit suspek serangan simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.
Polis edar fotofit suspek simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim.
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi di barat laut Iran dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan.
JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, Johor Bahru.
THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan
Alyah yang terpaksa mengundurkan diri daripada pertandingan mendoakan agar para peserta lain meneruskan dengan sehabis baik.
Tumpuan Isnin –20 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius
Pemulihan Fico dijangka akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, memerlukan rehat selama beberapa minggu.
Angkasa cadang koperasi teroka bidang pertanian berimpak tinggi
Antara pertanian berimpak tinggi yang boleh diteroka termasuk durian, vanila dan buah koko yang kini mendapat permintaan tinggi di peringkat global.
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
AWANI 7:45 [19/05/2024] - Tamatkan kekejaman | Lelaki cuba rampas submesingan | Ancaman ugutan bunuh
- Lagi balai polis diserang, suspek cuba rampas submesingan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
TikTok: Tenaga manusia masih diperlukan walaupun keperluan AI meningkat
Di Malaysia sahaja, 4,000 moderator telah dikerahkan untuk memantau dan mengendali kandungan di aplikasi TikTok.
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
Google akan guna AI lindungi telefon pengguna daripada aplikasi berbahaya
GOOGLE hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan lagi penggunaan ciri Play Protect pada peranti Android.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM
Akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Bina ekosistem AI, segera rencana pendekatan pendidikan - PM
Tenaga pengajar dan para profesor disaran berinteraksi bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam sistem pendidikan.
Negeri Sembilan timbang insentif kewangan kepada syarikat tempatan terlibat pembangunan AI
Kerajaan Negeri Sembilan akan menimbangkan pemberian insentif kewangan kepada syarikat tempatan yang terlibat dalam pembangunan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Universiti Nottingham, Astro AWANI anjur sidang meja bulat Kewartawanan Dalam Era Gangguan AI
Perbincangan meja bulat ini bertujuan menyediakan platform untuk membincangkan implikasi AI terhadap kewartawanan dan masyarakat.